SPIN AND WIN

CABARAN BIJAK JAGA DIRI

O que tem nesta roleta (25 opções)

  • 1. Mengapakah kita perlu mandi setiap hari?
  • 2. Nyatakan tiga cara untuk mengelakkan masalah bau badan.
  • 3. Apakah fungsi penggunaan deodoran?
  • 4. Mengapakah kita perlu menukar pakaian selepas melakukan aktiviti sukan?
  • 5. Nyatakan dua bahagian badan yang perlu diberikan perhatian ketika mandi untuk memastikan kebersihan diri.
  • 6. Mengapakah remaja sering mengalami masalah jerawat?
  • 7. Nyatakan dua cara menjaga kebersihan muka.
  • 8. Mengapakah kita tidak boleh memicit jerawat pada muka?
  • 9. Apakah kegunaan pelindung matahari (sunscreen) kepada kulit kita?
  • 10. Apakah tindakan yang perlu dilakukan jika masalah jerawat semakin teruk?
  • 11. Apakah yang dimaksudkan dengan haid?
  • 12. Apakah fungsi tuala wanita?
  • 13. Nyatakan tiga barang penting yang perlu disediakan dalam Kit Kecemasan Haid.
  • 14. Mengapakah kita perlu menukar tuala wanita secara berkala?
  • 15. Apakah yang perlu dilakukan jika tiba-tiba mengalami haid ketika berada di sekolah?
  • 16. Nyatakan dua cara menjaga kebersihan diri ketika mengalami haid.
  • 17. Mengapakah kita perlu mencuci tangan sebelum dan selepas menukar tuala wanita?
  • 18. Rakan kamu mempunyai bau badan selepas aktiviti sukan. Apakah nasihat yang boleh kamu berikan kepadanya?
  • 19. Kamu melihat rakan sedang memicit jerawatnya di mukanya. Apakah nasihat kamu kepadanya?
  • 20. Kamu didatangi haid secara tiba-tiba tetapi tidak membawa tuala wanita. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan?
  • 21. Rakan kamu berasa malu kerana mengalami haid buat pertama kali. Bagaimanakah kamu boleh membantunya?
  • 22. Kamu mendapati rakan kamu mengalami sakit perut yang sangat kuat ketika haid sehingga tidak mampu mengikuti aktiviti sekolah. Apakah tindakan kamu?
  • 23. Mengapakah kita tidak boleh mengejek atau memalukan rakan yang mempunyai masalah jerawat atau bau badan?
  • 24. Nyatakan lima barang yang perlu ada dalam beg penjagaan diri seorang murid perempuan.
  • 25. Pada pendapat kamu, mengapakah setiap anak perempuan perlu mengetahui cara menjaga kebersihan dan kesihatan diri sejak kecil?